ALHAMDULILLAH. MEREKA SUDAH MENYERAH KALAH. ORANG KITA PEROLEHI KEMENANGAN!

Penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee telah membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan tersebut setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada pihak polis.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya telah memanggil pihak penganjur dan hasil perbincangan, penganjur telah membuat keputusan sendiri untuk membatalkan perhimpunan itu yang dijadual di Cheng pada 15 hingga 18 Jun.

“Pihak polis telah memberikan nasihat sebaiknya kepada pihak penganjur dan kemudian penganjur membuat keputusan untuk membatalkan program tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abd Jalil berkata berdasarkan laporan yang diterimanya sehingga kini, sebanyak 32 laporan polis telah dibuat sekitar negeri ini.

Sebelumnya, Kerajaan Negeri menerusi Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron hari ini menggesa penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee agar membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan tersebut.




Source

25 thoughts on “ALHAMDULILLAH. MEREKA SUDAH MENYERAH KALAH. ORANG KITA PEROLEHI KEMENANGAN! Pe…”

  1. Di berani ..pasal dh ada back up dikalangan rakyat di Malaysia…mereka tentunya dh ramai..langkah kita seterusnya bukan setakat menyekat kegiatan mereka tetapi harus di matikan apajua hasrat dan perancangan mereka dan konco2nya.

  2. Tahniah orang2 UMNO, PAS dan NGOs serta individu2 yang terlibat dalam usaha membantah penganjuran Jerusalem Jubilee di Melaka sehingga pihak penganjur menyerah kalah dan membatalkan niat mereka. Alhamdulillah. Ini kemenangan buat orang Islam seMalaysia!! Allahuakbar!

    Tetapi ada satu persoalan yg bermain di fikiran. Dan aku yakin bukan aku saja yg memikirkannya. Mana perginya orang2 Melayu Islam Pakatan Harapan serta NGOs pro pembangkang? Kenapa mereka tidak sudi untuk bersolidariti bersama kita dalam isu ini? Hairan sungguh. Apakah ini ada kaitannya dgn dakwaan dana yang telah disalurkan Yahudi Israel berjumlah RM1.2 bilion itu?

    Melayu2 PH (yg bukan level mahacai) takut kena marah dgn big boss ker apa kalau diaorang ikut membantah?

  3. _Untuk sebaran tertutup dan segera._

    *KENYATAAN MEDIA*

    1. Rakyat Malaysia harus mengambil sikap terbuka untuk menerima penganjuran Jerusalem’s Jubilee sebagai sebahagian daripada hak kebebasan beragama yang dijamin negara ini seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

    _”Perkara 11( 1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing serta berhak untuk mengembangkan ajaran agama masing-masing.”_

    _”Perkara 11 (3) juga ada menyentuh setiap kumpulan agama mempunyai hak mereka tersendiri dalam menguruskan hal ehwal agamanya”_

    2. Sambutan ini bukanlah keraian untuk ulang tahun penubuhan negara Israel seperti dihebahkan dalam media sosial, tetapi merupakan acara keagamaan penganut Yahudi dan Kristian untuk memperingati perjalanan kerohanian sebagai seorang pengikut Jesus yang setia.

    3. Tindakan beberapa pihak menjadikan sambutan ini sebagai isu dipercayai bermotifkan politik dan bersifat ekstremis memandangkan sambutan ini diraikan di seluruh dunia termasuk di negara Islam Timur Tengah seperti Jordan.

    4. Sebagai penganut Kristian, saya merasakan sambutan ini tidak harus dijadikan modal politik beberapa pihak terutama menjelang pilihan raya umum dan wajar diraikan atas konsep kepelbagaian agama serta multi-kaum di negara ini.

    5. Saya menolak sikap ekstremis beberapa pihak dan saya percaya penganut Islam juga boleh menghormati hak penganut ajaran Jesus kerana acara ini julung kali diadakan di Malaysia.

    6. Kita harus berbangga kerana Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah sambutan ini kerana acara ini membuktikan bahawa negara kita dirahmati dan dihormati pengikut Kristian di peringkat global.

    7. Sebagai sebuah negara, saya percaya toleransi adalah asas kepada perpaduan dan kesaksamaan untuk setiap rakyat mengamalkan dan mempercayai hak mereka seperti diberikan oleh ‘Our Founding Father’.

    8. Secara peribadi, saya menolak sekerasnya sebarang tindakan dari mana-mana pihak terutama parti politik yang berasaskan perkauman untuk menjadikan isu ini sebagai bahan politik untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya.

    TERESA KOK
    Ahli Parlimen Seputeh
    Naib Pengerusi Kebangsaan DAP

  4. Melaka tolak penganjuran ‘Jerusalem’s Jubilee’
    ISNIN, 5 JUN 2017 – 2:41PM
    Oleh Fairuz Zaidan [email protected]
    IDRIS mengadakan sidang media berkenaan himpunan Jerusalem Jubilee selepas Persidangan DUN Melaka ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh. – Foto Khairunisah Lokman
    AYER KEROH: Kerajaan Melaka tidak pernah menerima permohonan penganjuran ‘Himpunan Jerusalem’s Jubilee’ yang dijadual diadakan di negeri ini pada 15 hingga 18 Jun ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, dalam nada tegas turut menolak sekeras-kerasnya cubaan pihak tertentu untuk menjadikan negeri ini sebagai lokasi penganjuran sebuah perhimpunan yang dibimbangi boleh menggugat kestabilan dan keharmonian kaum di negara ini. “Kita sedia maklum mengenai penyebaran mengenai Himpunan Jerusalem’s Jubilee yang dilaporkan akan diadakan di Melaka. “Untuk maklumat, kerajaan negeri tidak pernah menerima (permohonan), apatah lagi hendak meluluskan,” katanya ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 di Seri Negeri.

    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/289890?m=1

  5. *KENYATAAN MEDIA*
    *DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA*
    *5 Jun 2017 | 10 Ramadan 1438*

    *“KENAPA PROGRAM AGAMA BAWA AGENDA ISRAEL?”*

    1. Penganjuran “All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC)” di Melaka pada 15 – 18 Jun depan jelas merupakan usaha terancang pihak tertentu bagi melemahkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia dan ketika sama membawa agenda dan kempen menyokong Israel di negara ini.

    2. Berdiri atas aktiviti keagamaan, program yang bertemakan “Nations of the Golden Gate Aligning With Jerusalem’s Jubilee” itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 kejayaan regim Israel merampas Kota Jerusalem dalam Peperangan 6 Hari yang berlaku tahun 1967 dahulu.

    3. Malah, program juga dianjurkan dengan kerjasama Jerusalem House of Prayer for All Nations (JHOPFAN); sebuah pertubuhan berpangkalan di Israel dan merupakan organisasi yang giat berkempen menyokong Israel di seluruh dunia. Sekali gus mengesahkan hubungan penganjuran dengan pihak negara haram itu.

    4. Pihak penganjur AMGGRC turut menyatakan bahawa pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah adalah kerana negara ini merupakan ‘pemangkin kebangkitan’ bagi Asia Tenggara, Asia Pasifik dan negara-negara dalam segmen Golden Gate yang menggerakkan agenda Evangelis Kristian dan Hari Kemerdekaan Israel.

    5. Kami mengakui hak kebebasan beragama penganut Kristian sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan, tetapi demi keharmonian, keselamatan dan kedaulatan, maka pihak berkuasa mesti menyiasat agenda serta semua pihak yang berada dalam rangkaian penganjuran tersebut.

    6. Kami menentang keras sebarang usaha mana-mana pihak cuba untuk membawa masuk agenda penubuhan negara Israel dan pelampau Kristian ke dalam negara ini. PAS kekal bersolidariti bersama rakyat Palestin yang sejak sekian lama dizalimi regim Yahudi-Zionis.

    _“Sejahtera Bersama Islam”_
    _“Mara Menuju Cita”_

    *YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM*
    Ketua Penerangan
    Dewan Pemuda PAS Malaysia

  6. yahudi mana ada negara. rampas negara pelastin juruselim tu. ko memang bangsa dilkhnat Allah. semua mampus nanti penghuni tetap neraka jahanam jadi kayu. tak beriman dgn Allah semua kafir didunia tempat nya neraka jahanam.. kecuali beriman dgn Alllah. masuk islam. klu tak ko jadi bangsa penghuni neraka jahanam..jadi kayu.. disurga semua nya manusia beriman dagn Allah. yg buat amalan dan perintah Allah semasa didunia.. aminnn

Leave a Reply