Petang ini ramai yang sedang siap siap mahu memasak untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga. Ada yang bercadang berbuka di luar dan ada yang bercadang berbuka dihotel mewah.

Tidakkah kalian terfikir apakah juadah Ibu dan Ayah kita dikampung halaman? Bagaimana Ibu kita yang sedang dimamah usia mengumpul kudrat yang tersisa untuk menyediakan juadah berbuka dengan ala kadar.

Cuba kita kenang memori berbuka bersama Ayah dan Ibu kita. Betapa sang Ayah sibuk kepasar mencari lauk untuk dimasak oleh sang Ibu yang kita pinta untuk dimasakkan.

Hubungilah mereka dan bertanya khabarlah mereka.. jangan biarkan mereka kesunyian dibulan ramadhan ini. Masa mereka sudah tidak lama , jangan kalian merasa kesal bila mereka tiada lagi diatas muka bumi ini.

-akim-




Source

4 thoughts on “Petang ini ramai yang sedang siap siap mahu memasak untuk juadah berbuka puasa b…”

Leave a Reply