TOL… TOL… TOL… hampir setiap minggu pergi KL… orang Lembah Kelang dan seangkatan dengannya mengunakan setiap hari. Amatlah zalim kerajaan 1Malaysia Al-Altantuyya dalam mentadbir negara ini. Rakyat memilih kerajaan bukan untuk membebankan rakyat, tapi untuk membela nasib dan kebajikan rakyat. Kalaulah macamni kerajaan 1Malaysia buat, PRU14 nanti pasti akan tumbang} Allah bersama orang2 yang teraniaya…!!

Jom lihat siapa yang teraniaya.
Ternyata, tol hakikatnya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan cukai dan ia adalah bentuk cukai yang dipungut ke atas seseorang yang melalui jalanraya/jambatan.

Cuma bezanya, tol ini dikutip oleh individu (syarikat swasta) dan bukannya oleh negara (pemerintah). Apa pun, ia dikutip dengan izin/persetujuan dari negara.

Jadi tidak keterlaluan jika kita katakan konsep tol ini tidak ada bezanya dengan cukai jalan/jambatan yang dikutip oleh kumpulan-kumpulan samseng zaman dahulu kala yang memeras wang daripada orang ramai yang melaluinya.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa syarikat-syarikat swasta tersebut telah mencurahkan modal mereka dalam membangunkan infrastruktur lebuh raya yang ada, maka sewajarnyalah mereka mengenakan bayaran yang tinggi. SALAH!!

Inilah kesalahan pandangan orang yang tidak memahami hakikat tol. Tol di bina oleh kerajaan, tetapi kebodohan kerajaan menSWASTA kan nya.

Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tolnya mengikut perjanjian mistik antara Dr M dan Halim Saad berpuluh tahun lalu.

Jika tidak dinaik kan boleh pulak Kerajaan dipaksa untuk membayar ‘PAMPASAN’, sesuatu yang sangat tak masuk akal.

Harapan kita sistem tol harus di baik pulih dan kembali ke tangan kerajaan agar kerajaan dan rakyat tidak terus teraniaya oleh kroni kroni swasta.

Awang-




Source

25 thoughts on “TOL… TOL… TOL… hampir setiap minggu pergi KL… orang Lembah Kelang dan se…”

  1. BODOH BETUL yg Brckp nie tnpa Nk Amik Tahu…TOL Tu dh Zaman MaMak Bangsat yg Buat…Nk Dihpus Trikat ngan Prjanjian…Npe plk krajaan Skrang plk nk Di Salahkn….Ni bulan Posa dh tk ada Krja Lain ke slain mncari Kesalahan Org….

  2. Tak ndak kena tol jgn lalu jln ada tol, ada lagi naik kenderaan awam, nak lagi mudah, tak ndak bayar juga naik moto atau basikal, lagiii…jln kaki, apa nak pening kepala, buat jln nak kena maintain…semua nak subsidi…buat apa pon, mesti nak ikut selera kau..

  3. Kau tahu atau tidak zaman PM mana yang buat projek lebuhraya dan kroni PM mana yang konsesi dan keuntungan dari projek ini?
    Terpelajar /Tidak terpelajar, Berilmu/ tidak berilmu, masih juga guna capaian maklumat kuno / dapat ekses medium multimedia – semak dulu fakta sebelum buat statements. Pendekatan hentam semberono sudah tidak relevan lagi. Masyarakat dah celik infos sahih dan berfakta.

  4. sistem highway yg direncanakan tun razak adalah tiada tol.. dtg madey ambikalih, diswastakan projek tu. masa tu, pembgkg perlekehkan projek tu kononnya membazir.. so, mereka xkesah langkah pengswastaan yg madey buat..
    skrg br buka mata, tunjuk hero..
    apapun, najib telah ambil jln tengah yg terbaik.. melalui 1mdb, kerajaan ambilalih tol dan kenakan tol yg sederhana kpd rakyat..

  5. Cuba fikir2kan dan renung2kan perjalanan dari JB ke bukit kayu hitam kalau tanpa lebuh raya.Cuba berfikiran cerdik sedikit.kalau syarikat konsesi ambil alih kutipan tol itu memang perlu.Masa merubah segala.kita yang hidup dizaman ini kini merasa nikmatnya.kalau tiada lebuh raya nie fikir2kan.perjalanan dapat dipendekkan tapi sebagai balasan bayarlah Tol.Adilkan.Dan kalau tak mau guna lebuh raya pilihan ditangan anda sendiri gunakan jalan lama.Habis cerita perjalanan pun akan memakan masa yang lama.Kemudahan dah ada didepan mata guna ajerlah.Anggap sahaja Tol yang kita bayar tuu sumbangan pada PLUS.Kos untuk menggurus lebuh raya utara selatan ini bukan murah sebenarnya.Saya tidak menyebelahi mana2 pihak.Tak ada kepentingan pun.Tak dapat apa2 pun.Zaman dah berubah kita gunalah apa sahaja kemudahan yang dah ada dihadapan kita.Kalau nak perjalanan selesa tapi berbayar guna lebuh raya dan kalau tak mau gunakan jalan lama habis cerita.sekian untuk renungan bersama.Wassallam.

Leave a Reply