PERKEMBANGAN EKSPEDISI KUTUB SELATAN

Kami baru dapat panggilan dari Muqarabbin yang memaklum keadaannya yang terkini. Alhamdulillah, Qobin dapat meneruskan perjalanannya pada hari ini walaupun keadaan jarinya belum pulih sepenuhnya.

Walaupun ada penjelajah dari negara lain terpaksa dibawa keluar dari Kutub Selatan kerana keadaan kesihatan mereka yang merosot dan tidak tahan dengan cuaca yang ekstrem, namun Qobin berjaya mengekalkan semangatnya untuk menamatkan misi ini.

Hari ini, dalam penuh kepayahan Qobin berjaya berski sejauh 22 km lagi.
Terima kasih Ya Allah kerana menolong Qobin untuk bergerak pada hari ini. Terima kasih atas doa rakyat Malaysia untuk melihat Qobin berjaya dan sihat.
Sebentar tadi, Qobin memaklumkan perjalanannya hanya berbaki 26 km sahaja lagi dan beliau bertekad untuk sampai ke titik 90 darjah Kutub Selatan pada Khamis, 28 Disember ini (bersamaan awal pagi 29 Disember waktu Malaysia) walaupun terpaksa menanggung keperitan.

Qobin juga mohon minta rakyat Malaysia terus mendoakan kesihatannya terutama keadaan tangannya supaya beliau dapat sampai ke titik 90 darjah dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.
Sehingga hari ini Qobin telah berjaya menamatkan perjalanan sejauh 85 km dan esok beliau bertekad untuk berski antara 10 hingga 11 jam untuk menamatkan baki 26 km lagi.

Ayuh semua kita doakan kejayaan untuk Qobin bagi membolehkannya menjadi rakyat Malaysia pertama bergelar Penjelajah Grand Slam dan umat Islam termuda berjaya melakukan misi ini.

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1096607013808579&id=904597343009548

Akmar Hisham Mokhles




Source

One thought on “PERKEMBANGAN EKSPEDISI KUTUB SELATAN Kami baru dapat panggilan dari Muqarabbin …”

Leave a Reply