AKHIRNYA MAHFUZ OMAR TUNJUKKAN ‘BELANG’ YANG SEBENAR.

Mungkin penyokong PAS akan merasa sedikit kekecewaan apabila memdapat tahu bahawa antara orang yang paling lantang bersuara selain dari Mat Sabu apabila berceramah iaitu Mahfiz Omar bertindak keluar Parti bermula 1 Januari .

Bagi yang mengikuti perjalanan politik Mahfuz Omar tidak akan terkejut dengan tindakan yang diambil ini kerana sejak kebelakangan ini Mahfuz boleh dikatakan telah banyak melawan arus dengan keputusan Parti Pas teritama Dewan Ulama. Dia seolah olah menjadi agen untuk Pakatan Harapan yang kita semua sedia maklum Pakatan Harapan tidak sehaluan dengan PAS.

Bagi golongan penyokong ulamak di dalam Pas, keputusan ini disambut dengan seribu kemenangan kerana saki baki puak Anwarisme telah meninggalkan Parti Pas. Bagi penyikong golongan ulamak mereka mahukan PAS yang berjuang berlandaskan Islam bukan kerana dendam Anwar kepada Kerajaan yang dibawa oleh golongan Anwarisme sebelum ini.

Menurut Mahfuz Omar keputusan yang dibuat olehnya adalah kerana kehendaknya sendiri dan Mahfuz Omar sendiri belum membuat keputusan untuk menyertai mana mana Parti politik buat masa sementara ini. Bagi Admin Mahfuz mungkin akan menyertai PAN yang diketuai oleh sahabat baiknya iaitu Mat Sabu yang sentiasa membuka pintu ubtuknya meneruskan kareir politiknya.

Adakah tindakan Mahfuz ini kerana HINAAN Mukhriz terhadap PAS semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM atau beliau mahu bersama Mahathir dalam menukar kisah sebenar Memali?

Kepada Mahfuz selamat berjuang di arena baru dan suasana baru tetapi jangan serik buat panggilan kepada ‘SIRUL AZHAR’.




Source

One thought on “AKHIRNYA MAHFUZ OMAR TUNJUKKAN ‘BELANG’ YANG SEBENAR. Mungkin penyokong PAS aka…”

Leave a Reply