STATUS MERUNTUN JIWA – SEPERTI SUDAH TAHU AJAL AKAN MENJEMPUT

Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kuala Ibai yang meninggal dunia dalam kebakaran rumahnya pagi tadi, sempat memuat naik status mengenai kematian di akaun Facebook miliknya semalam seolah tahu akan menemui PenciptaNYA dalam masa terdekat.

Status yang dimuat naik Ahmad Fakhrurazi Shafie, 45, pada jam 7.22 pagi semalam itu meruntun hati rakan laman sosialnya itu sebaik mendapat berita tragedi menimpa mangsa, pagi ini.

Status yang dimuat naik Allahyarham adalah seperti berikut:

Assalam…

Fahamilah 7 Perkara Dalam Hidup Kita :

1. Apabila Meninggal Dunia Seorang Ayah,

Maka Matilah Pimpinan dan Nasihatnya…

2. Apabila Meninggal Dunia Seorang Ibu,

Maka Terpadamlah Cahaya Kelembutan Belaian dan Tunjuk Ajarnya…

3. Apabila Meninggal Dunia Seorang Abang, Maka Longlailah Cita-Cita Yang Dikongsi Bersama…

4. Apabila Meninggal Dunia Seorang Kakak, Maka Hilanglah Senyuman Kasihnya…

5. Apabila Meninggal Dunia Adik2 Mu,

Maka Hilanglah Tempat Tumpang Kasih, Nakal, Gurauan dan Keceriaanya…

6. Apabila Meninggal Dunia Pasangan Mu,

Maka Pudarlah Perkongsian Harapan, Perasaan dan Keceriaannya…

7. Apabila Meninggal Dunia Seorang Sahabat,

Maka Pudarlah Sinar Nasihat & Doa Tulus Dari Bersih Hatinya…

Ketahuilah….

Hidup Ini Sangat Singkat Untuk Kedengkian, Kemarahan, Kebencian dan Memutuskan Hubungan Kerana ESOK Semuanya Hanya Tinggal Kenangan.

Maka…..

Senyumlah, Berlapang Dadalah, Maafkanlah Sesiapa Yang Menyakitkan Kita Kerana Kita Tidak Tahu…. Bila Kita Akan Berangkat ‘ Meninggalkan’ Dunia Yang Fana Ini….

Wallahu a’lam bish-shawabi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi tadi, Ahmad Fakhrurazi meninggal dunia selepas dipercayai sesak nafas ketika menyelamatkan anak bongsunya dalam kebakaran rumahnya di Kampung Kuala Ibai, di sini.

Kematian Allahyarham meninggalkan kesan kepada sahabat yang mengenali beliau selama ini.

Admin Geng Atas Pagar mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham.







Source

2 thoughts on “STATUS MERUNTUN JIWA – SEPERTI SUDAH TAHU AJAL AKAN MENJEMPUT Timbalan Ketua UM…”

Leave a Reply