PORTAL Malaysiakini HINA ISLAM KERANA TERDESAK PENUHI ARAHAN DARI DALAM KELAMBU SIAPA?

Satu tulisan kontroversi menggunakan foto Perdana Menteri Najib Razak telah mengundang rasa marah netizen. Malaysiakini (BM) telah memuatnaik satu tulisan dengan menggambarkan isu 1MDB disorokkan dalam kelambu Kaabah yang merupakan Kiblat Umat Islam seluruh dunia.

Sikap tidak prihatin dengan sensitiviti Islam bukan perkara baru dalam arena media sosial serta berita maya dan kebanyakan dari pemilik portal serta editor yang menerima dana dari LUAR NEGARA mempunyai tugasan khas bagi memburukkan Islam dengan apa cara sekalipun. Pernah digegarkan dengan pengakuan memperoleh dana bagi memperluaskan cakupan dari Sarawak Report, Malaysiakini tidak henti henti melakukan provokasi terhadap Islam Malaysia menggunakan platform pembaca.

Isu 1MDB antara isu dendangan pembangkang sejak 2014 namun sehingga hari ini masih belum habis dijadikan modal politik mereka walau telah diperjelaskan segalanya. Mereka seolah tidak mahu menamatkan isu kerana yakin kisah 1MDB antara ‘Killing Isu’ yang boleh digunapakai bagi mengelirukan rakyat. Penceramah politik pembangkang akan menggunakan landasan ceramah walau sekadar ceramah Kedai Kopi hanya untuk menambah tokok kisah 1MDB. Tetapi mereka hanya berikan sisi yang buruk dan tidak pula menyampaikan kisah sebenar seperti yang berlaku dalam melunaskan segala hutang piutang 1MDB.

Dalam isu Malaysiakini, apakah niat sebenar penulis rencana menggunakan elemen Islam dalam penulisan tetapi memberi gambaran buruk mengenai Islam? Wajarkah dipermainkan Kaabah yang menerima jutaan kunjungan Umat Islam sedunia saban tahun bagi melaksanakan Ibadah Umrah dan Haji? Tindakan keras wajar di ambil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan isu penulisan yang menimbulkan rasa marah bukan sahaja netizsn tetapi Rakyat Malaysia beragama Islam.

Adakah editor serta penulis portal tersebut lupa Islam diangkat menjadi Agama Rasmi Persekutuan? Agenda siapa sebenarnya yang dimainkan Malaysiakini dalam setiap laporan memburukkan Malaysia dan kepimpinan sediada? Adakah mereka menerima arahan tertentu dari mana mana pihak yang sememangnya mahu memburukkan Islam di mata masyarakat dan dunia? Siapa bayar mereka bagi melaksanakan ‘The Hidden Agenda’ seperti ini? Mungkin editor Malaysiakini perlu menyingkap kelambu bagi menampakkan siapa penyumbang dana mereka tetapi beranikah mereka lakukan?

Penafian – pihak gengataspagar.com tidak bertanggungjawab atas komen yang melanggar Undang Undang dan setiap komentar merupakan tanggungjawap individu.




Source

One thought on “PORTAL Malaysiakini HINA ISLAM KERANA TERDESAK PENUHI ARAHAN DARI DALAM KELAMBU …”

Leave a Reply