‘BAPA BOREK, ANAK RINTIK’ – KONSEP LEE KUAN YEW DIGUNAPAKAI DAP

Dalam ertikata sebenar, persamaan antara perjuangan PAP dan DAP tidak laru matlamat. Mendiang Lee Kuan Yew – Perdana Menteri Singapura – telah menyatakan untuk menyatukan rakyat bukan mudah kerana sempadan Islam yang mempunyai hukum halal dan haram serta sekatan dalam pergaulan serta norma norma kehidupan seorang Islam Tulen.

Bagaimanapun cubaan Kuan Yew mempengaruhi minda penduduk Singapura agar mempermudahkan pegangan Agama Islam serta memininumkan amalan Islam dalam komuniti Melayu telah berjaya menghakis pandangan mengenai hukum syarak. Kuan Yew berjaya membentuk Melayu berfahaman ‘Asbol’ (Asal Boleh) dalam meletakkan garisan antara Halal dan Haram.

Melihat kejayaan mentor mereka, DAP menerusi Lim Kit Siang berhajat untuk bereksperimen cara Kuan Yew terhadap masyarakat Malaysia. Dengan majoriti Islam melebihi lain lain dalam Malaysia sudah tentu hajat ini memakan masa yang lama. Bagaimanapun DAP kini boleh dikategorikan telah “BERJAYA” apabila ada yang menyahut serta mempertahankan tuntutan Comango, IFC dan yang sama tujuan untuk kebebasan total dalam kehidupan mencakupi pelbagai aspek. Bukan sahaja kehidupan normal malah turut memberi kebebasan kepada golongan songsang dan ‘Pelacur Agama’ bagi memudahkan pengaruh berkesan sepenuhnya.

Akhirnya formula Kuan Yew semakin di terima malah dipertahankan oleh pihak pihak tertentu bagi melaksanakan impian Lim Kit Siang.

Anda masih keliru? Itu memang kemahuan mereka supaya anda terus keliru dan dikelirukan bagi memudahkan kerja mereka.

Disertakan sekali catatan Deklarasi Setapak DAP 1967 bagi anda baca dan fahami selok belok penipuan serta licik ‘belut’ yanv memerangkap Orang Islam dengan cara lembut.

*penafian – pihak gengataspagar.com tidak bertanggungjawab atas komen yang melanggar Undang Undang. Semua komen adalah tanggungjawab individu dan pengomen.

Baca –

DEKLARASI SETAPAK 1967

Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip ini lah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang. Berkenaan polisi berkaitan budaya dan pendidikan, deklarasi menekankan bahawa semangat Perlembagaan Persekutuan mestilah dihormati; sementera menerima Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, hak untuk menggunakan bahasa lain juga mestilah dipertahankan.

Deklarasi Setapak juga memperkukuhkan komitmen DAP untuk membina negara yang kreatif dan hidup berharmoni, yang membuka jalan ke arah integrasi nasional dan bukan kehancuran negara.




Source

Leave a Reply