BERTIKAM SESAMA SENDIRI, SALAHKAN ORANG LAIN – KEMELUT MIC TERBONGKAR?

Penulis yang berkesempatan menghabiskan masa cuti di tempat peranginan Tanah Tinggi Cameron Highlands agak terkejut dengan beberapa poster yang tergantung di Tanah Rata.

Antara tulisan di poster tersebut – “Kami tidak menolak Mic di Cameron Highlands, kami hanya tidak mahu SK Devamany sebagai calon Parlimen Cameron Highlands”.

Dipercayai poster tersebut dipasang oleh pihak tertentu bagi memburukkan keadaan perebutan kuasa dalaman MIC sejak sekian lama namun berjaya ditutup rapi oleh kepimpinan mereka. Bagaimanapun pemasangan poster itu difahamkan sebagai menifestasi penolakan dari dalam MIC sendiri yang mahu ‘Membunuh’ karier Dato Seri SK Devamany sekaligus menyusun kedudukan individu tertentu dalam heraki kepimpinan MIC. Dipercayai ada kelompok tertentu yang sudah lama mengidamkan kedudukan tertinggi dalam MIC tetapi akibat halangan tertentu hajat itu terbantut.

Umpama ‘Pucuk di cita, ulam mendatang’ kehadiran Devamany dalam satu program di Tanah Rata menjadi pencetus kepada kempen #TidakMahuDevamany atau dahulu dikenali sebagai #NoDevamany bagi menunjukkan penolakan terhadap Timbalan Presiden Malaysian Indian Congress yang mahu kembali ke kerusi P078.

Perkara ini sungguh mengejutkan pengunjung tempat percutian yang tidak menyangka saingan sengit politik MIC hingga sanggup membuat poster sebegitu. Rata rata pengunjung Cameron Highlands ternyata kurang senang dengan poster berkenaan kerana memberi imej buruk di mata pelancong luar yang bertanya kepada penduduk setempat mengenai isi kandungan poster yang diletakkan di tempat yang agak strategik.

Pencarian penulis dalam isu ini membawa kepada penemuan satu akaun facebook menggunakan nama Germit Singh yang dikenali sebagai penduduk tetap tanah tinggi itu. Beliau turut menaikmuat status membantah kehadiran Devamany dan difahamkan juga beliau pernah menyertai MIC Cameron Highlands.

Pautan ke akaun Germit Singh –
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1763830280328122&id=100001035013952

Adakah perebutan kuasa dalaman MIC ini baik untuk rakyat? Tidakkah mereka memikirkan nasib pengundi selain kisah perebutan kerusi seolah kerusi P078 merupakan ‘Kerusi Keramat’ yang perlu MIC tandingi dan melupakan kerusi lain yang turut ditandingi MIC?

Adakah MIC merasakan mereka sudah cukup kuat bagi mempengaruhi Pengerusi Barisan Nasional seolah mereka pencatur politik tanahair? Pengundi pasti akan menilai kemampuan setiap parti yang bertanding dan mempertimbangkan apa kemajuan dan kemakmuran yang boleh diberikan pemimpin kepada pengundi.

Mungkin kini masa yang sesuai bagi MIC memukirkan semula kekuatan mereka dan menilai apa sumbangan mereka kepada pengundi dari Kaum India seluruh negara. Sedangkan Mantan Presiden mereka yang kini masih lagi Ahli Parlimen Cameron Highlands pun boleh di pecat inikan pula nasib hampir 30ribu pengundi P078.







Source

Leave a Reply