POLITIK HASUTAN BAWA PADAH BUAT RAKYAT MALAYSIA

Klip video yang mampu menjelaskan mengapa rakyat perlu menolak politik hasutan. Cara hasutan yang kini semakin diamalkan oleh pembangkang Malaysia sudah seakan tidak bertepian dengan pelbagai medium digunakan bagi mengelirukan rakyat.

Rafizi Ramli pernah mengakui tugas pembangkang ialah menghasut dan terbukti mereka tidak berkemampuan menafikan usaha kerajaan membawa kebaikan kepada rakyat, lantas satu bentuk kempen perlu digerakkan bagi mengekang kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Jika BR1M yang dimomokkan sebagai satu bentuk rasuah oleh Penasihat Parti Pribumi BERSATU Malaysia Tun Mahathir itu tidak bagus mengapa dalam menifesto Pakatan Harapan mereka kekalkan BR1M tetapi dalam jenama berlainan? Sama juga GST yang dikatakan memakan duit rakyat dan dalam masa sama Pakatan Harapan akan memperkenalkan satu bentuk cukai yang baru. Bukankah ini penipuan menggunakan hasutan licik? Malah lebih menggelikan hati ialah janji mereka untuk menurunkan harga bahan bakar dalam pasaran seolah-olah Pakatan Harapan mengawal harga minyak dunia lalu rakyat terpedaya dengan janji retorik Pakatan.

Rakyat perlu sedar bahawa penipuan demi penipuan Pakatan Harapan telah mula bertebaran dan hasutan begini boleh melumpuhkan negara sekaligus merencatkan perancangan Malaysia menuju negara maju. Rakyat perlu menilai dengan sebaiknya sebelum memberi kepercayaan kepada Pakatan dan lihat rekod mereka di P. Pinang dan Selangor apabila banyak isu berbangkit melanda. Adakah itu yang rakyat mahukan?




Source

Leave a Reply