REFORMASI SUDAH ‘MATI’ BILA KENA ‘SIHIR’ MAHATHIR – ANWAR BOLEH UCAP SELAMAT TINGGAL POLITIK?

Kepada anak muda yang lahir pada 1990 mereka berumur sekitar 7 tahun ketika zaman pemberontakan Anwar Ibrahim bermula selepas di pecat oleh Mahathir Mohammad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia. Golongan ini tidak dapat berfikir walau menonton di televisyen akan kejadian Reformasi dan demonstrasi jalanan menentang Mahathir.

Bukan sahaja penyokong Anwar ketika itu menggila malah penyokong DAP dan Semangat 46 serta PAS tidak ketinggalan berarak di jalanan mencerca Mahathir. Malah slogan ‘Selamatkan Malaysia’ dan ‘Undur Mahathir’ dilaungkan oleh peserta demonstrasi bagi menunjukkan kebencian mereka kepada ‘Mahafiraun’. Penentangan ini membawa bibit tertubuhnya Parti KeAdilan yang kemudiannya bersekutu dengan parti parti pembangkang bagi menentang apa yang mereka panggil sebagai ‘Rejim Mahathir’.

Era Reformasi banyak membawa keperitan kepada Rakyat yang terpengaruh dengan cerita Mahathir dan Anwar Ibrahim bila masing masing mahu menegakkan benang basah. Di pihak Mahathir, beliau menyatakan Anwar Ibrahim seorang PELIWAT dan mendakwa telah bertemu serta menemubual ‘mangsa’ kerakusan Anwar yang bernafsu songsang. Malah Mahathir turut melemparkan dakwaan di hadapan wartawan asing dalam sidang media dan beliau turut mendakwa Anwar bersubahat dengan beberapa individu bagi menjahanamkan ekonomi Malaysia. Mahathir turut menamakan George Soros sebagai ‘Penyangak Matawang’ dan mempunyai hubungan baik dengan Anwar bagi melingkupkan Ringgit di pasaran dunia.

Mahathir kekal dengan dakwaan beliau terhadap Anwar walau keluar dari Umno kerana tidak bersetuju dengan Tun Abdullah Badawi yang beliau sendiri lantik menggantikannya sebagai Perdana Menteri. Hanya selepas Pak Lah menamakan Dato Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri barulah Mahathir kembali kepada Umno sebagai AHLI BIASA. Malangnya ketika itu Mahathir masih lagi kekal dengan dakwaannya bahawa Anwar Ibrahim merupakan seorang PELIWAT dan turut menamakan DAP sebagai parti RASIS. Beliau juga menamakan Lim Kit Siang sebagai RASIS bagi meyakinkan ahli Umno ketika itu dan tiada sebarang penarikan balik dakwaannya atas tuduhan LIWAT Anwar Ibrahim.

Namun segalanya kini berubah dan Mahathir mula menentang Najib apabila kehendaknya tidak dituruti Najib. Serangan Mahathir yang hanya bersandarkan kepada laporan Sarawak Report serta Wall Street Jounal mengenai 1MDB terbukti hanyalah tohmahan apabila PAC memgesahkan Najib tidak terlibat. Sebagai rekod PAC turut dianggotai barisan pembangkang seperti Tan Seng Giaw dan Tony Pua juga mengesahkan Najib tidak bersalah dalam siasatan yang dilakukan.

Reformasi mula menemui ‘KEMATIAN’ apabila Anwar disisihkan Pakatan Harapan berikutan keputusan Konvensyen Pakatan Harapan memilih Mahathir sebagai bakal calon Perdana Menteri Sementara jika mereka memenangi PRU14. Jelas sekali Mahathir berjaya memadamkan nama Anwar Ibrahim dari mulut penyokong Pakatan yang selama ini ‘BERZIKIR’ dengan nama Anwar Ibrahim sebagai PM mereka walau September berganti setiap tahun.

Mana para Reformis letak muka? Mana perjuangan Reformis mahukan Anwar sebagai PM? Mana suara Wan Azizah mahu Anwar sebagai PM? Kini mereka sudah akur dengan ‘SIHIR MAHATHIR’.




Source

Leave a Reply