AYER KEROH: Seorang suri rumah warga Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini gara-gara membaling cawan dan palam kearah suaminya.

Pham Thi Diem Huong, 20 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin, di hadapan Majistret Lee Kim Keat.

Tertuduh mencederakan Chong Pheng Lit, 27 tahun, pada pukul 7.30 malam, Oktober 2016 di rumah beralamat 2776-E Rumah Awam Paya Rumput, Melaka.

Ibu kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan hukuman dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Lee Kim Keat membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua orang penjamin beserta syarat tambahan, Pham Thi Diem Huong perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap minggu dan pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikenadalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam Yong Ii Yang.



Source link

Leave a Reply