BIBIT PERJUANGAN LIBERALISME SEMAKIN TERSERLAH – HAK SULTAN DAN ISTANA MULA DIPERTIKAIKAN ‘KELDAI’

Antara perjuangan dalam parti politik berhaluan kiri, kebebasan bersuara menjadi sebahagian agenda mereka bagi menarik anak muda. Doktrin ini ditanamkan menerusi pelbagai cara dan salah satunya demonstrasi haram selain penggunaan medium internet untuk penyebaran cerita tidak sahih.

Mereka seolah tiada sempadan bagi meluahkan apa sahaja dan mampu menjadi biadap jika berasakan ‘Pujaan’ mereka dikenakan tindakan tertentu.

Dalam isu penarikan Darjah Kebesaran Darjah Kerabat (DK) Kelantan terhadap Mahathir, perlu diingatkan perkara tersebut merupakan Hak Mutlak Sultan sesebuah negeri apatah lagi kini Baginda merupakan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung. Tindakan Ketua Pemuda Parti Pribumi BERSATU Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menaikmuat satu klip video mempertikaikan tindakan Sultan wajar di pandang serius. Dalam klip tersebut, Saddiq turut menamakan Dato Sri Najib Razak mencuri wang rakyat dengan menggunakan 1MDB. Malah tindakan Saddiq menaikmuat video berkenaan merupakan satu bentuk cercaan terhadap Institusi DiRaja yang mempunyai pertimbangan tertentu dalam mengambil sebarang tindakan. Adakah Saddiq memperkecilkan kuasa Istana dengan video tersebut?

Saddiq perlu faham klausa klausa dalam Undang Undang Tubuh Negeri selain tindakan beliau seolah menuduh Tuanku Sultan hanya mengikut telunjuk Najib apabila tidak bertindak dalam isu tertentu melibatkan tuduhan terhadap Najib. Video serta kenyataan bertulis Saddiq seolah menuduh Tuanku Sultan bersubahat dengan apa yang dikatakan sebagai kleptokrat mengikut tafsiran Saddiq.

Adakah Mahathir kebal dari sebarang tindakan jika perlakuan beliau selama sepanjang menjadi Penasihat PPBM telah menimbulkan rasa kurang senang pihak Istana? Mahathir pernah mencerca Kaum Bugis hingga menimbulkan kemurkaan Tuanku Sultan Selangor malah Mahathir turut menyebabkan Sultan Johor murka apabila cuba mempertikaikan status Forest City di Johor. Ternyata ada ‘dendam’ yang masih disimpan oleh Mahathir walau telah berjaya mengurangkan Kuasa Kuasa Raja Melayu ketike beliau memerintah.

Syed Saddiq wajar menghadap Sultan Kelantan bagi memohon maaf atas kebiadapannya dalam ucapan serta penulisan beliau di media sosial. Walau baru baru ini kelihatan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz bertanjak dan mengenakan kelengkapan busana Melayu tetapi mereka seolah hilang identiti Melayu apabila Pingat Kebesaran di tarik balik. Lagipun ketika itu trio berkenaan bukan mendendangkan lagu Melayu sebaliknya menyanyikan lagu Frank Sinatra, jadi mana Melayunya mereka itu?




Source

Leave a Reply