KOTA KINABALU: Seorang suspek penjenayah ditembak mati oleh polis dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah lokasi berhampiran Jalan Kayu Madang, Telipok, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, lelaki berusia 20-an berkenaan maut ditempat kejadian akibat terkena das tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis.

Turut difahamkan, suspek yang mati ini dipercayai terlibat dengan beberapa kes jenayah seperti pecah rumah dan ketika kejadian, lelaki itu sedang menunggang motosikal sebelum terserempak dengan pihak polis lalu bertindak agresif termasuk melepaskan das tembakan kepada anggota yang bertugas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner, M Chandra turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain akan membuat satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada jam 10 pagi ini berhubung kes berkenaan.



Source link

Leave a Reply