BILA BARUA POLITIK BELAAN DAP BERBICARA – ZAIDI MELAMPAUI BATAS

Kebiadapan seorang ahli DAP semakin menjadi jadi apabila mula menuduh pelbagai perkara dalam aplikasi whatsapp.

Bekas anggota Tentera Udara dikenali sebagai Zaidi cuba mengaitkan kematian Ahli Parlimen Paya Besar dengan pelbagai tuduhan malah hingga satu peringkat mengaitkan Syurga dan Neraka.

Kelancangan Zaidi seolah tiada bertepi apabila sering menggunakan kumpulan whatsapp sebagai medan menabur fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan tanpa memberi bukti kukuh. Seperti ‘Halal’ bagi beliau melakukan pelbagai fitnah selama berada bersama DAP selama ini, Zaidi juga dikatakan mencari populariti untuk meletakkan dirinya sebagai ‘Orang Penting’ dalam pentadbiran Lim Guan Eng.

Adakah beliau digajikan oleh DAP menjadi agen untuk memecahkan undi kaum Melayu? Dijangkakan seandainya berlaku tangkapan terhadapnya akan ada alasan telefon di godam dan pelbagai alasan klise untuk melepaskan diri. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu memantau aktiviti Zaidi ini kerana beliau berniat jahat.

Sebaiknya pihak keluarga Allahyarham mengambil tindakan tegas terhadap Zaidi kerana memfitnah Allahyarham dan memalukan keluarga menggunakan forum yang tidak sepatutnya. Sebagai Islam, Zaidi tidak wajar bermain politik dalam urusan kematian apatah lagi Allahyarham merupakan Ahli Parlimen yang disayangi penduduk Paya Besar.

Pihak gengataspagar.com turut berdukacita atas pemergian Allahyarham.




Source

Leave a Reply