GEMAS: “Nak lari macam Pak Wan… nak jadi polis macam Pak Wan,” kongsi datuk saudara mangsa yang merupakan raja pecut negara dan Asia, Datuk Rabuan Pit.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR) Gemas, Nur Afini Roslan, 14, disahkan maut oleh pasukan paramedik selepas bilah mesin potong rumput terbang mengenai kepalanya.

Menurut Rabuan, dia berasa sedih serta terkejut sebaik menerima berita berkenaan kira-kira jam 1.20 petang dan bergegas mengambil isteri serta anak-anak di Kuala Lumpur.

“Arwah seorang atlet yang aktif dalam sukan dan setiap kali berjumpa semasa hari raya itulah harapan yang dikongsikannya pada saya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, di sini, malam tadi.

Rabuan berkata, biarlah keluarga arwah yang menentukan dan tidak timbul isu untuk menyalahkan mana-mana pihak.

“… tapi kita nak perbetulkan kecuaian,” katanya.



Source link

Leave a Reply