PUTRAJAYA: Keputusan analisa ke atas sampel kopi pracampuran yang menyebabkan tujuh individu mengalami gejala sawan dan pening di Pulau Pinang baru-baru ini tidak akan didedahkan kepada umum.

Sebaliknya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam akan menyerahkan hasil analisa berkenaan kepada pihak polis memandangkan kes berkenaan dipercayai melibatkan unsur-unsur jenayah.

“Ini mungkin kes polis dan mahkamah. Jadi, apa jua bukti kita tidak boleh nak keluarkan kenyataan sampai polis buat keputusan kerana ada perkara yang mencurigakan melibatkan kes jenayah dan polis akan ambil tindakan. Jadi lebih baik kita tidak beri kenyataan,” katanya selepas merasmikan inisiatif [email protected] di sini, hari ini.

Justeru katanya, sebarang kenyataan mengenai siasatan kes berkenaan hanya bergantung kepada pihak berkuasa itu. 

“Kita serahkan kepada polis bila dan macam mana nanti,” ujarnya.

BACA: Lepas tiga minit, semua jadi gelap – mangsa ‘kopi durian’

VIDEO: ‘Kopi durian’ disyaki mengandungi dadah

BACA: Kopi berperisa durian yg diminum dua lelaki Nepal sah ada dadah – Polis

Minggu lalu, Subramaniam berkata, hasil analisa ke atas sampel kopi pracampuran yang menyebabkan tujuh individu mengalami gejala sawan dan pening akan diketahui dalam tempoh seminggu.

BACA: Keputusan analisa sampel ‘kopi durian lalok’ diketahui seminggu lagi- Subramaniam

Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika ada pihak memberikan secara percuma kopi pracampuran seumpama itu.



Source link

Leave a Reply